SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

Thursday 30 June 2011

MAKLUMAN PERPINDAHAN GPK HEM

Berkuatkuasa 1 Julai 2011 seorang warga SKTP iaitu Pn Hjh Fodziah Binti A Rahman akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu sebagai GPK Kurikulum. Ucapan tahniah kepada beliau di atas perlantikan baru itu. Warga SKTP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hjh Fodziah di atas sumbangan beliau kepada sekolah sepanjang perkhidmatan beliau. TAHNIAH CIKGU. SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU DAN SEMOGA BERJAYA SELALU.

Baca Lagi...

MAKLUMAN HARI SUKAN SEKOLAH 2011

Pada 2 Julai 2011 akan berlangsung Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Kali Ke 22. Sebelum kejohanan berlangsung akan diadakan Pelancaran Larian 1 Murid 1 Sukan yang akan dijalankan serentak seluruh Malaysia. Marilah sama-sama kita menjayakannya bersama-sama......

Baca Lagi...

Wednesday 29 June 2011

TAHNIAH KUMPULAN SRI PELANGI


Pada 25 Jun 2011, Kumpulan Kebudayaan Sri Pelangi di bawah kelolaan Pn Hajah Alice dan Cikgu Mohd dari Kumpulan Warisan Johor telah berjaya merangkul tempat KETIGA di dalam PERTANDINGAN TARIAN SENI TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI JOHOR bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru. Pertandingan ini disertai beberapa buah kumpulan seni kebudayaan seluruh negeri Johor. Selain itu, kumpulan Sri Pelangi juga berjaya memenangi Anugerah Susunan Muzik Terbaik. 

TAHNIAH !  TAHNIAH ! TAHNIAH !
Baca Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...