Apakah Program Imersif
Tinggi (HIP)?
Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di
bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa
tersebut di sekolah.
Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil.
1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah
(No. Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan
aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.
Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap
pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris.