SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

Thursday 15 December 2011

Mesyuarat Kurikulum 1 Dan Taklimat Opsyen SBPA

Perhatian semua warga pendidik SK Taman Pelangi:


Diwajibkan pihak tuan dan puan dapat menghadirkan diri pada Mesyuarat Kurikulum 1 dan Taklimat Opsyen SBPA berdasarkan maklumat di bawah:

                                    Tarikh: 27 Disember 2011
                                    Tempat: Bilik Gerakan SKTP
                                    Masa: 8.00 pagi

Kehadiran tuan/puan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.



Baca Lagi...

Tuesday 22 November 2011

Hari Keputeraan Sultan Johor

 DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR


Baca Lagi...

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH!!!!


ISIKAN MASA ANDA DENGAN BIJAK DAN BAIK


SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN 2012 =)

Baca Lagi...

Friday 18 November 2011

Majlis Perpisahan

Pada hari ini telah diadakan majlis ringkas bersempena perpindahan 4 orang guru iaitu Cikgu Roslan, Cikgu Fatimawati, Cikgu Alice dan Cikgu Wan bersama murid-murid SK Taman Pelangi JB. Jasa-jasa kalian selama ini tidak mungkin kami lupakan sampai bila-bila. Diucapkan agar semoga berjaya di tempat yang baru.


Tuai padi antara masak,                             Kalau ada sumur di ladang,
   Esok jangan layu-layuan,                               Boleh hamba menumpang mandi,
Intai kami antara nampak,                          Kalau ada umur yang panjang,
   Esok jangan rindu-rinduan....                          Dapatlah kita berjumpa lagi ......








Cikgu Wan Noraini 

Cikgu Fatimawati

Cikgu Roslan







Baca Lagi...

Thursday 17 November 2011

JAMUAN TAHUNAN KELAB KEBIRU

Tepat jam 8.00 malam telah berlangsung jamuan tahunan 2011 kelab kebiru guru-guru SKTP. Serentak dengan itu juga jamuan ini sebagai jamuan perpisahan untuk sahabat  iaitu Cikgu Fatimawati, Cikgu Alice, Cikgu Wan Noraini, dan Cikgu Roslan. Mari kita saksikan antara gambar menarik sekitar jamuan tahunan berkenaan.....Jamuan terbaik.......















Baca Lagi...

SEKITAR KEPUTUSAN UPSR 2011

Pada 17 November 2011 tepat jam 10 pagi, diumumkan keputusan UPSR bagi tahun 2011. Pihak admin dan guru-guru SKTP mengucapkan tahniah dan syabas kepada 2 orang calon Siti Hajar dan Ainur Izzatie yang telah memperoleh 5A. Kepada calon-calon yang lain syabas dan tahniah juga diucapkan atas hasil usaha kalian dapat memperoleh keputusan yang digenggam. Layan gambar di bawah.....




Calon Cemerlang 5A!!!!!

Calon cemerlang 4A1B!!!!!

Calon-calon berkaliber

si ayah sabar mengambil keputusan anak

si ibu menemani anak mengambil keputusan anak tersayang

sabar menunggu giliran

suasana sekitar keputusan

berbincang ke mana hala tuju?



Baca Lagi...

Wednesday 16 November 2011

LAWATAN MURID TAHUN 6 KE IMIC

Pada 15 Nov 2011, murid tahun 6 seramai 40 orang telah mengadakan lawatan ke IMIC di Danga Bay dan Zoo Johor Bahru. Pelbagai ilmu pengetahuan yang murid perolehi. Layan saja gambar di bawah:


               Berkumpul sebelum bertolak

Iskandar Malaysia

                Bahan pameran yang menarik

Permainan Interaktif yang menghiburkan

   Murid bertanyakan soalan kepada urusetia

Lawatan Murid SKTP

                  Murid SKTP bergaya

Lawatan Zoo Johor Bahru

Diharap lawatan seumpama ini dapat memberikan pengalaman baru kepada murid SKTP
Baca Lagi...

Wednesday 2 November 2011

PROGRAM READ2011

        Pada 2 Nov 2011 telah di adakan Program READ2011 yang berlangsung serentak di semua sekola seluruh Malaysia. Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini bertujuan untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya', diharapkan program seumpama ini dapat membuka mata dan minda generasi muda supaya sentiasa dahaga untuk mencari ilmu. Gambar di bawah merupakan aktiviti sekitar program berlangsung:

















Baca Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...