SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

Thursday 28 July 2011

SALAM RAMADHAN


WARGA SKTP MENGUCAPKAN  SELAMAT BERPUASA DAN  MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM KHASNYA ANAK-ANAK SK TAMAN PELANGI. DIHARAPKAN BULAN PUASA TAHUN 2011 DAPAT DISEMPURNAKAN DENGAN IBADAH YANG IKHLAS.


Baca Lagi...

Monday 25 July 2011

TAKLIMAT SAPS

Hari ini telah diadakan taklimat untuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Taklimat ini diadakan untuk tindakan guru kelas dan guru matapelajaran.

Guru-guru boleh memuat turun bahan Manual Saps di link : Manual SAPS Baca Lagi...

Tuesday 19 July 2011

HARI TERBUKA DAN JUALAN AMAL

     
    Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Hari Terbuka dan  Jualan Amal akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tariikh/Hari : 23 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 am hingga 12.30 pm
Tempat : Kantin SK Taman Pelangi

        Ibubapa diwajibkan hadir ke sekolah bersama anak tuan/puan bagi mengambil rekod pelaporan serta membincangkan prestasi pelajaran anak tuan/puan.

        Jualan amal yang diadakan adalah untuk menampung Tabung Kebajikan murid-murid kurang berkemampuan. Dengan kerjasama yang diberikan didahului ucapan ribuan terima kasih.


Baca Lagi...

Nisfu Syaaban Dan Solat Hajat 2011

Salam...Solat hajat  di Masjid Jamek Taman Pelangi, Johor Bahru.
Bermula seawal jam 7.10 malam murid-murid telah berkumpul dimasjid. Murid-murid mula bersolat maghrib dan kemudian bacaanYassin sebanyak tiga kali. Kemudian murid diterangkan Kaifiyat bersolathajat sebelum waktu Isyak. Selepas solat Isyak murid-muridbersama-sama bersolat hajat. Doa dipanjatkan agar murid-muridUPSR 2011 berjaya di Dunia Dan Cemerlang Di Akhirat.Semoga usaha murid-murid yang hadir akan diberkati Allah.Insyaallah.


sumber: http://paissktamanpelangi.blogspot.com/2011/07/nisfu-syaaban-dan-solat-hajat-2011.html Baca Lagi...

Thursday 14 July 2011

PROGRAM WSNMS

Mohon kerjasama guru-guru mentor yang kelapangan masa antara waktu 12.40 hingga 1.40 ptg setiap hari (kecuali hari Jumaat) agar dapat membantu mentee-mentee di kelas-kelas tertentu (dibahagi mengikut kumpulan aras) bersama penyelaras yang telah dijadualkan bertugas pada hari-hari tertentu (sila rujuk jadual waktu).
Sekian, terima kasih.

sumber: http://mohamadrahim.blogspot.com/2011/07/program-tambahan-wsnms.html Baca Lagi...

CUTI SEMPENA LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Permohonan cuti sempena acara tersebut telah pun diajukan ke PPDJB. Cuti yang dipohon adalah pada hari Jumaat 15 Julai 2011. Walau bagaimana pun cuti tersebut bergantung kepada kelulusan pihak PPDJB. 

CUTI TERSEBUT DITUNDA KE TARIKH LAIN - kemaskini pd 14.7.11 pukul 12.00 tghr.



sumber:http://mohamadrahim.blogspot.com/2011/07/cuti-sempena-larian-1murid-1sukan.html Baca Lagi...

Sunday 10 July 2011

Majlis Perpisahan Pn Fodziah Binti Abd Rahman

PN FODZIAH BTE ABD RAHMAN

TAHNIAH CIKGU FODZIAH!
          Pada 8 Julai 2011 telah diadakan Majlis Perpisaha Pn Hjh Fodziah Binti Abd Rahman yang telah dinaikkan pangkat ke GPK 1. Beliau akan bertugas di SK Tebrau Bakar Batu berkuatkuasa 11 Julai 2011. Gambar berikut adalah sekitar majlis tersebut, biarpun diadakan dalam majlis yang sederhana tetapi cukup bermakna buat Pn Fodziah.












Baca Lagi...

Wednesday 6 July 2011

Program Gerak Gempur Tahun 6 bermula hari ini Rabu (6.7.2011)

7.20 - 9.50   MATEMATIK
Diselaraskan oleh Pn Koh dan En Roslan

10.10 - 12.40  BAHASA MALAYSIA
Diselaraskan oleh En Zamri dan Pn Nik Farida

12.40 - 1.40   BAHASA INGGERIS
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan
Diselaraskan oleh:
Pn Gana, Pn Wan Noraini dan dibantu oleh Pn Hjh Alice



Sumber:http://mohamadrahim.blogspot.com/2011/07/gerak-gempur-tahun-6-2011.html Baca Lagi...

PROGRAM ZOOM A (SABTU) - Maklumat akan dikemaskini lagi

Program tersebut akan dijalankan mulai pada hari Sabtu 23hb Julai 2011 ini. Guru-guru terpilih untuk menyelaras program ini terdiri dari kalangan mereka yang tidak mengajar mata pelajaran teras di Tahun 6. Program ini mengandungi 2 sesi iaitu sesi pertama dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dan sesi kedua dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.00 tghari. Bagi setiap sesi akan ditugaskan seorang guru sebagai penyelaras. Jadual guru bertugas akan diedarkan. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

sumber:http://mohamadrahim.blogspot.com/2011/07/program-zoom-sabtu.html Baca Lagi...

Sunday 3 July 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA



Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Slideshow: SKTP’s trip to Johor Bahru, Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Johor Bahru slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.











Baca Lagi...

HARI SUKAN SEKOLAH KALI KE 22

Pada tanggal 2 Julai 2011 telah berlangsung Temasya Sukan Sekolah serentak dengan Pelancaran Larian Perdana 1MURID 1SUKAN 1 MALAYSIA. Temasya Sukan kali ini dirasmikan oleh YM Raja Abd Hamid Bin  Raja Zainuddin

TEMASYA SUKAN SK TAMAN PELANGI 2011


JOHAN  RUMAH MERAH


NAIB JOHAN RUMAH BIRU


KE 3 RUMAH KUNING


KE 4 RUMAH HIJAU



OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI SUKAN
 TAHUN 2011

OLAHRAGAWAN : Mohd Shahriman
OLAHRAGAWATI: Fatin Najieha




Baca Lagi...

Saturday 2 July 2011

SELAMAT DATANG GURU PRAKTIKUM

Terdapat 3 kumpulan guru-guru praktikum dari IPTI akan mula berkhidmat di SKTP. Kumpulan guru-guru praktikum tersebut terdiri daripada:
1. Kumpulan 1: Opsyen KH & PJK (2 orang guru pelatih)
    bermula 4.7.2011 - 29.7.2011
2. Kumpulan 2: Program Internship (2 orang guru pelatih)
    bermula 4.7.2011 - 29.7.2011
3. Kumpulan 3: Opsyen B.Cina&MT (3 orang guru pelatih)
    bermula 11.7.2011 - 7.10.2011




sumber:http://mohamadrahim.blogspot.com/2011/06/kumpulan-guru-guru-praktikum.html Baca Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...