SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

MAKLUMAT


LOGO


 LENCANA SEKOLAH

Lencana ini telah direka oleh guru-guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini. Di tengah-tengah lencana adalah obor yang melambangkan penyuluh ilmu pengetahuan. Di bawahnya pula buku yang diumpamakan sebagai sumber ilmu bagi murid-murid untuk menuntut ilmu. Di belakang obor adalah bulatan yang terdiri dari warna-warna pelangi iaitu ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah bersempena dengan kedudukan sekolah ini yang terletak di dalam kawasan perumahan Taman Pelangi.

MOTO

USAHA JAYA BAHAGIA


Moto ini dipilih dengan harapan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi ini adalah tempat bagi murid-murid berusaha untuk menimba ilmu sehingga mengecapi kejayaan yang cemerlang dan seterusnya akan berbahagia dalam kehidupan. Walaupun moto ini ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang mendalam.


VISI


SEKOLAH UNGGUL
PENJANA 
GENERASI TERBILANG

MISI


MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU 
MELALUI
PENDIDIKAN BERKUALITI



Baca Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...