SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

Saturday, 21 September 2013

GOTONG ROYONG PERDANA PIBG 2013

Pada 21 September 2013, PIBG SK Taman Pelangi telah menganjurkan GOTONG-ROYONG PERDANA. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato Shahrir Bin Hj Abd Samad. Gotong - royong ini telah mendapat kerjasama penuh dan sokongan padu daripada ibubapa , anggota PDRM , anggota tentera KEM MAJIDEE dan guru-guru SK Taman Pelangi. TAHNIAH dan TERIMA KASIH atas kerjasama dan sokongan dari semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung. TAHNIAH dan TERBAIK.





























































































































































































































Baca Lagi...

Tuesday, 3 September 2013

MAKLUMAN : Pengecualian Hadir Ke Sekolah Semasa Peperiksaan UPSR 2013

Ibubapa/ Penjaga

Murid-murid SK Taman Pelangi Pra, Tahap 1 & 2
Pengusaha/Pemandu Van/Bas sekolah

Pengecualian Hadir Ke Sekolah Semasa Peperiksaan UPSR 2013

         Adalah dimaklumkan Peperiksaan UPSR akan berjalan bermula Selasa sehingga Khamis (10, 11 dan 12 September 2013). Sehubungan itu, kelas PRA SEKOLAH, TAHUN 1, TAHUN 2 dan TAHUN 3 akan DICUTIKAN sepanjang Peperiksaan UPSR 2013 berjalan. Ini adalah kerana kelas yang dinyatakan terletak berdekatan dengan dewan peperiksaan dan memastikan situasi yang kondusif, tenang dan tenteram bagi calon-calon UPSR 2013 menghadapi peperiksaan.

         Kelas Tahun 4 dan kelas Tahun 5 berjalan seperti biasa kerana Ujian Lisan Bahasa Arab akan dijalankan. Ibubapa / penjaga perlu memastikan anak jagaan tuan/puan yang dikecualikan hadir ke sekolah dapat menyiapkan latihan kerja rumah yang diberikan guru serta sentiasa mengawasi pergerakan dan keselamatan anak tuan/puan semasa di rumah.

Sekian untuk makluman pihak tuan/puan. 

Terima Kasih

Baca Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...