SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

Showing posts with label Majlis Maulid. Show all posts
Showing posts with label Majlis Maulid. Show all posts

Thursday, 24 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 2013





Assalamualaikum w.b.t
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Mari Kita Perbanyakkan selawat dan salam untuk memperoleh syafaat baginda
Kita ingat Nabi , InsyaALLAH Nabi akan ingat kita
Salam Maulidur Rasul  24 JAN 2013/ 12 Rabiullawal 1434H

UPDATE:




















Baca Lagi...

Saturday, 18 February 2012

MAULIDUR RASUL 1433H/2012 dan KEM BESTARI SOLAT 1/2012

Salam...putera puteri SKTP meriah tahun nih... Ramai ibu bapa yang datang dan menyertai perarakan Maulidur rasul 1433h. Tahun ini ada perubahan dalam tentatif program...selalunya akan ada aktiviti lepas perarakan namun demikian pais ubahkannya kerana penceramah ada aktiviti lain selepas ceramah jadinya lepas ceramah jam 9.20 pagi kena la tahan perut jap...dengar Mohd Aiman Putera Tahun 6P memperdengarkan bacaan Al-Quran, diikuti dengan kuiz maulidur rasul, kemudian dimeriahkan dengan persembahan nasyid dari tahun 4P dan 4C. Latih satu hari jer tapi persembahan kebambooooommmmmm...meletup!! terbaek diorang nih...hehehe puji la. Lepas nasyid tahan sikit lagi lapornya perut dengar pula Berzanji rawi 1,3 dan 4 dari Ustaz la. Lepas tu marhaban dan makan tengahari. Seronok tahun ni...yang tak hadir rugi la...tak dapat memberi pengorbanan untuk Islam dan menunjukkan rasa kecintaan pada Rasulullah s.a.w.

SUMBER:http://paissktamanpelangi.blogspot.com/2012/02/maulidur-rasul-1433h2012m.html

SEKITAR MAJLIS MAULID PERINGKAT SKTP:











ceramah hebat dari Ustaz  =)




MARI BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN KITA MUHAMMAD S.A.W......=)



 MASA UNTUK MAKAN , ALHAMDULILLAH =)......






Baca Lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...