SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

Sunday 26 February 2012

MESYUARAT PIBG 2011/2012 DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Salam...Bertempat di Dewan Sri Pelangi telah berlansungnya Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 bagi sesi 2011-2012. Pada seawal jam 7.30 pagi Saudara Mok Chek Hou, Yang Berhormat ADUN Stulang telah hadir ke SK Taman Pelangi. Beliau telah disambut oleh YDP PIBG Y.M Raja Abdul Hamid dan Puan Mastura Guru Besar SK Taman Pelangi, En Mohamad GPK Kurikulum, Pn Zarina GPK Kokurikulum,En Nik Hazimin Setiausaha Kehormat PIBG, En Zulkifli dan En Daud AJK Ibu Bapa.

Yang Berhormat Saudara Mok Chek Hou telah dipakaikan roset oleh adik Nina Suharni. Kemudian beliau ke Dewan Sri Pelangi,SKTP. Beliau kemudiannya telah dipersembahkan dengan persembahan taekwando. Acara diteruskan dengan ucapan YDP, Guru Besar dan Yang Berhormat Saudara Mok Chek Hou yang memberi amanat dan menyatakan sokongan atas aktiviti sekolah. Beliau telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM10,000 bagi tujuan landskap sekolah. Beliau berbesar hati atas jemputan PIBG,SKTP.

Beliau kemudiannya telah dipersembahkan dengan tarian zapin dan tarian inang dari Kelab Budaya SKTP. Beliau kemudiannya sudi untuk menyampaikan hadiah kepada Tokoh Cemerlang UPSR 2011 iaitu Adik Ainur Izzati dan Adik Siti Hajar yang telah mendapat 5A dalam UPSR. Beliau juga sudi menyampaikan cenderahati kepada AJK PIBG dan juga Tokoh Murid iaitu Adik Siti Hajar dan Adik Mohd Shahriman sebagai Tokoh Kokurikulum SKTP.
Beliau kemudiannya menerima cenderahati yang disampaikan oleh pihak PIBG,SKTP Y.M Raja Abdul Hamid YDP,PBG sesi 2011-2012.
Beliau kemudiannya telah bergerak kantin untuk santapan pagi pada jam 9.30 pagi. Mesyuarat Agung ke-25 telah dimulakan pada jam 10.00 pagi mnakala Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan pada jam 11.30 pagi setelah tamatnya Mesyuarat Agung PIBG,SKTP. . Layan gambar.

sumber: http://pibgsktamanpelangi.blogspot.com/2012/02/mesyuarat-agung-pibg-sesi-2011-2012.html

layan gambar yuk....







































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...