SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI

Sunday 26 February 2012

PROGRAM NILAM DAN MINGGU ANTI DADAH 2012


           Pada 27 Februari 2012  bermula jam 7.45 pagi bertempat di Dataran Pelangi telah berlangsung majlis perlancaran Program NILAM. Untuk pengetahuan semua, Nilam merupakan akronim bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca.  Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh GPK HEM Pn Hjh Zarina Bte Ibrahim. Seterusnya murid sekolah menyanyikan secara beramai-ramai lagu NILAM dan MEMBACA GAYA WAWASAN. Tema untuk Tahun 2012 ialah Budaya Membaca Budaya 1 Malaysia. Dengan perlancaran program seumpama ini diharapkan budaya membaca menjadi satu amalan yang baik untuk semua warga SKTP. JOM Mari Membaca.....tidak rugi apa pun....

Sekitar majlis perlancaran bulan membaca NILAM peringkat SKTP........layan~~~







        Bertempat di Dewan Sri Pelangi pada pukul 10.40 pagi telah berlangsung Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Tahun 2012 bertema 1 Malaysia Membanteras Dadah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diketuai oleh adik Mohd Azrai Mohd Hafie dari 6 Pintar. Seterusnya GPK Ko kurikulum Pn Asathiamal telah membaca perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh GPK Kurikulum En Mohamad yang selepas itu secara simbolik menghancurkan kotak yang dianggap sebagai dadah. Tekad memerangi dan menjauhkan dadah dikuatkan dengan ikrar Anti Dadah yang diketuai adik Nik Mohd Hairil Fahmi Mahadi. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Dadah Durjana. DADAH AKU BENCI KAMU.....Mari kita tinjau sekitar majlis tersebut .....layan~~~~`















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...